Selamat Datang ke Blog Unit Kokurikulum PPD Timur Laut

Marquee

Monday, April 2, 2012

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Perpaduan Daerah Timur Laut/Barat Daya dan Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan menganjurkan Pertandingan Futsal Piala RIMUP pada 28 April 2012 bertempat di Gelanggang FIZ Futsal Enterprise, Tingkat 6, Bangunan Econsave, Air Itam, Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, pihak Urusetia mempelawa setiap sekolah menengah untuk menghantar dua Pasukan Futsal (1 Pasukan Lelaki dan 1 Pasukan wanita) untuk menyertai pertandingan ini. Pasukan yang menyertai pertandingan ini mestilah terdiri daripada  pelbagai kaum dan penyertaan dari pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Sijil, hadiah dan lain-lain akan disediakan oleh pihak penganjur. Oleh kerana penyertaannya adalah terhad maka pasukan yang mendaftar awal akan diberi keutamaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 April 2012. Borang Penyertaan dan Syarat Pertandingan boleh dimuat turun melalui link ini.


Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum)  di talian 019-4111123 / 04-2296545.