Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa dan Hakim Pertandingan Kawad antara Unit Beruniform kali pertama pada ketetapan berikut ;
Tarikh : 12 April 2012 ( Khamis )
Masa : 02.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat,Pusat Kegiatan Guru Kelawai,
77 Jalan Macalister,10400 Pulau Pinang.
Sehubung dengan itu, tuan telah dilantik sebagai Jawatankuasa dan diminta hadir pada mesyuarat tersebut di atas.
Sekretariat KRS dan SU Sekretariat PK Koku diminta membawa komputer riba untuk urusan mesyuarat.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum) di talian 019-4111123 / 04-2296545.
Kerjasama dan komitmen tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.