Perhatian untuk semua Pengurus Pasukan yang bertanding.
Hasil keputusan Mesyuarat /Taklimat Pengurus Pasukan pada 18 April 2012 ;
Semua Pengurus Pasukan dikehendaki :
1. Menyerahkan Borang Pendaftaran Rasmi terkini yang telah disahkan oleh pihak sekolah sewaktu
pendaftaran.
2. Yuran Penyertaan RM35.00 (guna peruntukan kokurikulum sekolah) setiap platun perlu diserah sewaktu pendaftaran.
3. Surat kebenaran waris dan pengangkutan diuruskan oleh pihak sekolah masing-masing.
4. Pasukan yang bertanding diminta agar mematuhi masa dan giliran seperti dalam Jadual Pertandingan.
5. Pengurus Pasukan boleh merujuk kepada Format Pemarkahan GO, NGO dan KRS dan juga Plan Litar Pertandingan sebagai panduan .
6. Pertandingan Kawad Peringkat Negeri akan dijalankan pada 30 April 2012 untuk Kategoti Sekolah
Rendah dan NGO. dan bagi Kategori KRS dan GO pada 2 Mei 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum
JPN di Bukit Mertajam.