Selamat Datang ke Blog Unit Kokurikulum PPD Timur Laut

Marquee

Wednesday, April 25, 2012

JADUAL PERTANDINGAN FUTSAL PIALA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2012 - UPDATE

Perhatian untuk semua pasukan Futsal yang terlibat,

Pertandingan Futsal Piala Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Timur Laut & Barat Daya   dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut dan Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya akan diadakan seperti ketetapan berikut ;                                                                                                                                                                                          
TARIKH                          :             28 April 2012 (Sabtu)
PENDAFTARAN            :             8.30 pagi  -  9.00 pagi
TEMPAT                        :             Gelanggang FiZ Futsal Enteprise, Tingkat 6, Bangunan ECONSAVE,
                                                     No. 28, Lebuhraya Thean Teik, 11060 Air Itam, Pulau Pinang

Semua Pengurus Pasukan yang terlibat dikehendaki berada bersama pasukan masing-masing tepat pada waktunya. Surat kebenaran waris hendaklah dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing. Sila rujuk kepada surat makluman daripada PPD bertarikh 29 Mac 2012.

Sila klik di sini untuk Jadual Pertandingan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum) di talian 019-4111123 / 04-2296545.    

Wednesday, April 18, 2012

MAKLUMAT TERKINI PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2012

Perhatian untuk semua Pengurus Pasukan yang bertanding.

Hasil keputusan Mesyuarat /Taklimat Pengurus Pasukan pada 18 April 2012 ;
Semua Pengurus Pasukan dikehendaki :

1. Menyerahkan Borang Pendaftaran Rasmi terkini yang telah disahkan oleh pihak sekolah sewaktu    
    pendaftaran.
2. Yuran Penyertaan RM35.00 (guna peruntukan kokurikulum sekolah) setiap platun perlu diserah  sewaktu pendaftaran.
3. Surat kebenaran waris dan pengangkutan diuruskan oleh pihak sekolah masing-masing.
4. Pasukan yang bertanding diminta agar mematuhi masa dan giliran seperti dalam  Jadual    Pertandingan.
5. Pengurus Pasukan boleh merujuk kepada Format Pemarkahan GO, NGO dan KRS dan juga Plan Litar  Pertandingan sebagai panduan .
6. Pertandingan Kawad Peringkat Negeri akan dijalankan pada 30 April  2012 untuk Kategoti Sekolah
    Rendah dan NGO. dan bagi Kategori KRS dan GO pada 2 Mei 2012 bertempat di Pusat Kokurikulum  
    JPN di Bukit Mertajam.

Sunday, April 15, 2012

MAKLUMAN PENUNDAAN TARIKH PERTANDINGAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM DAERAH TIMUR LAUT 2012


Adalah dimaklumkan Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Beruniform yang dijadualkan pada
17 hingga 19 April 2012 telah ditunda ke 24 hingga 26 April 2012 di SMK Air Itam Pulau Pinang.

Satu Mesyuarat dan Taklimat bagi Pengurus Pasukan Unit Beruniform yang menyertai Pertandingan 
Kawad Kaki Peringkat Daerah Timur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;

                           Tarikh                :            18 April 2012 ( Rabu )
                           Masa                 :            02.30 petang
                           Tempat              :            Bilik Mesyuarat, SMK Air Itam,
     Jalan Thean Teik, 11500 Air Itam, Pulau Pinang

Sehubung dengan itu, semua pengurus pasukan yang bertanding dan Jawatankuasa Pertandingan  diminta hadir ke mesyuarat / taklimat  tersebut di atas.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong PPD
(Pegawai Kokurikulum)  di talian 019-4111123 / 04-2296545. 

Monday, April 9, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA DAN HAKIM PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2012

Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa dan Hakim Pertandingan Kawad antara Unit Beruniform kali pertama pada ketetapan berikut ;

Tarikh   : 12 April 2012 ( Khamis )
Masa    : 02.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat,Pusat Kegiatan Guru Kelawai,
               77 Jalan Macalister,10400 Pulau Pinang.

Sehubung dengan itu, tuan telah dilantik sebagai Jawatankuasa dan diminta hadir pada mesyuarat tersebut di atas.
Sekretariat KRS dan SU Sekretariat PK Koku diminta membawa komputer riba untuk urusan mesyuarat.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum) di talian 019-4111123 / 04-2296545.
Kerjasama dan komitmen tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Monday, April 2, 2012

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Perpaduan Daerah Timur Laut/Barat Daya dan Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan menganjurkan Pertandingan Futsal Piala RIMUP pada 28 April 2012 bertempat di Gelanggang FIZ Futsal Enterprise, Tingkat 6, Bangunan Econsave, Air Itam, Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, pihak Urusetia mempelawa setiap sekolah menengah untuk menghantar dua Pasukan Futsal (1 Pasukan Lelaki dan 1 Pasukan wanita) untuk menyertai pertandingan ini. Pasukan yang menyertai pertandingan ini mestilah terdiri daripada  pelbagai kaum dan penyertaan dari pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Sijil, hadiah dan lain-lain akan disediakan oleh pihak penganjur. Oleh kerana penyertaannya adalah terhad maka pasukan yang mendaftar awal akan diberi keutamaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 April 2012. Borang Penyertaan dan Syarat Pertandingan boleh dimuat turun melalui link ini.


Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum)  di talian 019-4111123 / 04-2296545.