Perhatian, makluman dan tindakan bagi sekolah yang mengambil bahagian, hakim pertandingan kawad, jawatan kuasa dan urusetia pertandingan;
Adalah dimaklumkan Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform pada ketetapan yang berikut ini.
Tarikh : 03, 04 dan 05 Mei 2011 ( Selasa, Rabu dan Khamis )
Masa : 07.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : SMK Air Itam, Jalan Thean Teik 11500 Air Itam, Pulau Pinang .
Perasmian Penutup pada 05 Mei 2011 - Jam 11.30 pagi.
Disempurnakan oleh : Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut.
* Sila klik untuk Jadual Pertandingan terkini.
* Pasukan yang bertanding diminta datang awal 30 minit sebelum masa giliran bertanding.
* Pasukan yang bertanding pada hari pertama dan kedua dikehendaki menghantar 4 pelajar
(berpakaian uniform penuh) dan seorang guru sebagai wakil untuk upacara penutup.
*** Sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin - Pegawai Kokurikulum PPD TL ditalian
019-4111123 atau En. Mohd Mahathir Latiffy - Penyelaras Pertandingan di talian 012-
5896861 untuk sebarang pertanyaan.
............................................................................................................................................. selamat bertanding .......... badan sihat minda cerdas .....................................
* Taklimat akhir bagi Pengurus Pasukan yang menyertai pertandingan kawad akan diadakan pada hari Rabu - 27 April 2011 jam 2.00 petang , bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Air Itam, Pulau Pinang. Semua Pengurus Pasukan yang bertanding dikehendaki hadir dan membawa bersama Borang Penyertaan Terkini yang lengkap dan telah disahkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan borang rasmi pertandingan.
** Taklimat Hakim Pertandingan juga akan diadakan pada 27 April 2011 jam 2.00 petang , bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Air Itam, Pulau Pinang. Harap semua hakim yang telah menghadiri Kursus Hakim tempohari dapat hadir dan tidak menguzurkan diri.Kegagalan untuk hadir mungkin akan menyebabkan tuan/puan tidak terpilih sebagai hakim pertandingan tahun ini.
25 JALAN SULTAN AHMAD SHAH 10050 PULAU PINANG. Tel: 04-2109400 Faks: 04-2109401
Monday, April 25, 2011
Monday, April 18, 2011
MESYUARAT JAWATAN KUASA PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT 2/2011
Mesyuarat Jawatan Kuasa Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform Peringkat Daerah Timur Laut akan diadakan pada ketetapan yang berikut ini.
Tarikh : 22 April 2011 ( Jumaat )
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Kelawai,
77, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.
Sehubungan dengan itu, tuan yang telah dilantik sebagai Jawatan Kuasa diminta hadir pada mesyuarat tersebut di atas. Sila sediakan laporan ringkas berdasarkan senarai tugas jawatankuasa seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang lepas.
Sila klik di sini untuk senarai ahli mesyuarat.

Wednesday, April 13, 2011
MESYUARAT DAN TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM DAERAH TIMUR LAUT 2011
Taklimat bagi Pengurus Pasukan Unit Beruniform yang menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Timur akan diadakan pada ketetapan yang berikut ini.
Tarikh : 15 April 2011 ( Jumaat )
Masa : 03.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat,
Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut,
25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Sehubung dengan itu, tuan diminta hadir ke mesyuarat/taklimat tersebut .
Sila klik di sini untuk mengetahui senarai sekolah dan pasukan yang terlibat.

Sunday, April 3, 2011
KURSUS HAKIM KAWAD KAKI PASUKAN UNIT BERUNIFORM DAERAH TIMUR LAUT 2011
Sukacita dimaklumkan Kursus Hakim Kawad Kaki Pasukan Unit Beruniform bagi Daerah Timur Laut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 07 hb.April 2011 ( Khamis )
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Kelawai,77, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.
Peserta dan urusetia yang terlibat diminta hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila rujuk kepada En.Abdul Rashid Shamsudin – Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum) di talian 019-4111123 / 04-2296545.
Wednesday, March 23, 2011
PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT TAHUN 2011
Perhatian untuk semua PK Kokurikulum SR dan SM,
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Beruniform untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Daerah yang dijadualkan pada 19 hingga 21 April 2011 bertempat di Kem Tentera Batu Uban, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Pasukan Unit Beruniform sekolah tuan dipelawa untuk menyertai pertandingan tersebut. Permohonan untuk penyertaan adalah terhad kepada 1 (satu) penyertaan sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan bagi setiap sekolah, iaitu 3 Kategori (KRS,GO dan NGO) bagi sekolah menengah dan 1 Kategori (SR) bagi sekolah rendah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 April 2011. Tuan boleh muat turun Borang Penyertaan dan Syarat Pertandingan melalui link ini. Borang penyertaan yang lengkap diisi dan disahkan mesti sampai ke PPD pada atau sebelum tarikh tersebut diatas.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum) di talian 019-4111123 / 04-2296545.

Saturday, March 5, 2011
MESYUARAT JAWATANKUASA KURSUS HAKIM DAN PERTANDINGAN KAWAD
Untuk makluman dan perhatian semua ahli Sekretariat PK Kokurikulum dan Sekretariat KRS Daerah Timur Laut . Tuan/Puan dipinta hadir ke mesyuarat seperti ketetapan di bawah ;
Tarikh : 10 hb. Mac 2011 ( Khamis ), Masa : 02.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut,
25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Tujuan mesyuarat adalah penting untuk perbincangan dan perlantikan Jawatankuasa Kerja bagi Kursus Hakim Kawad , Pertandingan Kawad Antara Unit Beruniform Peringkat Daerah dan Negeri.
Harap tuan/puan tidak menguzurkan diri.

Tuesday, February 15, 2011
MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM DAERAH TIMUR LAUT 1/2011
Semua Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Timur Laut.
Adalah dimaklumkan Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan mesyuarat pengurusan kali pertama tahun 2011 pada ketetapan berikut ;
Tarikh : 24 hb. Februari 2011 ( Khamis )
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat,Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut,
25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Sehubung dengan itu adalah amat diharapkan pihak tuan dapat hadir bagi melancarkan pengurusan kokurikulum daerah. Tuan diminta melengkapkan Data Peribadi PK Kokurikulum dan Data Keahlian Kokurikulum Pelajar sekolah tuan dan menyerahkanya pada hari mesyuarat tersebut. Salinan borang ini boleh dimuat turun dari Blog ini (lihat ruangan Muat Turun / Download di sebelah).
Terima kasih.

Wednesday, January 5, 2011
PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE IPTA SESI 2011 BAGI CALON-CALON SPM, STPM DAN STAM
Makluman untuk semua Penolong Kanan Kokurikulum Daerah Timur Laut dan Barat Daya. Tuan di jemput hadir untuk perkara di atas pada :
Tarikh : 11 Januari 2011 ( Selasa )
Masa : 02.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut
25 Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Sila bawa bersama 2 salinan Lampiran 1.1 ( Calon SPM ) dan/atau Lampiran 1.2 ( Calon STPM ) dalam bentuk hardcopy.
* Kenderaan tuan boleh diletakkan di PPD Timur Laut atau SK Wellesley (ikut Jalan Argyll)

Subscribe to:
Comments (Atom)