Semua Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Timur Laut.
Adalah dimaklumkan Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan mesyuarat pengurusan kali pertama tahun 2011 pada ketetapan berikut ;
Tarikh : 24 hb. Februari 2011 ( Khamis )
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat,Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut,
25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Sehubung dengan itu adalah amat diharapkan pihak tuan dapat hadir bagi melancarkan pengurusan kokurikulum daerah. Tuan diminta melengkapkan Data Peribadi PK Kokurikulum dan Data Keahlian Kokurikulum Pelajar sekolah tuan dan menyerahkanya pada hari mesyuarat tersebut. Salinan borang ini boleh dimuat turun dari Blog ini (lihat ruangan Muat Turun / Download di sebelah).
Terima kasih.