Mesyuarat Jawatan Kuasa Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform Peringkat Daerah Timur Laut akan diadakan pada ketetapan yang berikut ini.
Tarikh : 22 April 2011 ( Jumaat )
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Kelawai,
77, Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang.
Sehubungan dengan itu, tuan yang telah dilantik sebagai Jawatan Kuasa diminta hadir pada mesyuarat tersebut di atas. Sila sediakan laporan ringkas berdasarkan senarai tugas jawatankuasa seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang lepas.
Sila klik di sini untuk senarai ahli mesyuarat.