Perhatian, makluman dan tindakan bagi sekolah yang mengambil bahagian, hakim pertandingan kawad, jawatan kuasa dan urusetia pertandingan;
Adalah dimaklumkan Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform pada ketetapan yang berikut ini.
Tarikh : 03, 04 dan 05 Mei 2011 ( Selasa, Rabu dan Khamis )
Masa : 07.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : SMK Air Itam, Jalan Thean Teik 11500 Air Itam, Pulau Pinang .
Perasmian Penutup pada 05 Mei 2011 - Jam 11.30 pagi.
Disempurnakan oleh : Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut.
* Sila klik untuk Jadual Pertandingan terkini.
* Pasukan yang bertanding diminta datang awal 30 minit sebelum masa giliran bertanding.
* Pasukan yang bertanding pada hari pertama dan kedua dikehendaki menghantar 4 pelajar
(berpakaian uniform penuh) dan seorang guru sebagai wakil untuk upacara penutup.
*** Sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin - Pegawai Kokurikulum PPD TL ditalian
019-4111123 atau En. Mohd Mahathir Latiffy - Penyelaras Pertandingan di talian 012-
5896861 untuk sebarang pertanyaan.
............................................................................................................................................. selamat bertanding .......... badan sihat minda cerdas .....................................
* Taklimat akhir bagi Pengurus Pasukan yang menyertai pertandingan kawad akan diadakan pada hari Rabu - 27 April 2011 jam 2.00 petang , bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Air Itam, Pulau Pinang. Semua Pengurus Pasukan yang bertanding dikehendaki hadir dan membawa bersama Borang Penyertaan Terkini yang lengkap dan telah disahkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan borang rasmi pertandingan.
** Taklimat Hakim Pertandingan juga akan diadakan pada 27 April 2011 jam 2.00 petang , bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Air Itam, Pulau Pinang. Harap semua hakim yang telah menghadiri Kursus Hakim tempohari dapat hadir dan tidak menguzurkan diri.Kegagalan untuk hadir mungkin akan menyebabkan tuan/puan tidak terpilih sebagai hakim pertandingan tahun ini.