Selamat Datang ke Blog Unit Kokurikulum PPD Timur Laut

Marquee

Wednesday, May 16, 2012

KEPUTUSAN KARNIVAL KOAKADEMIK SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT 2012

Pertandingan Koakademik Bahasa bagi Daerah Timur Laut telah selesai dijalankan dengan sempurna. Tahniah dan Syabas  bagi pasukan yang menang . Pasukan yang lain juga diucapkan tahniah kerana mengambil bahagian dan telah diberikan Sijil Penyertaan Peringkat Daerah.
Bagi guru-guru yang bertungkus lumus bekerja demi memastikan kelancaran dan kejayaan program ini - iaitu Guru Penasihat, Jurulatih, Pengiring , Barisan Hakim dan Pentadbir Sekolah yang terlibat dan lain-lain individu yang terlibat , pengorbanan dan komitmen anda semua amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Bagi pasukan yang menjadi JOHAN bagi setiap kelompok akan mewakili Daerah Timur Laut ke pertandingan Peringkat Negeri. Semua guru penasihat bagi pasukan yang menjadi Johan Kelompok masing-masing , sila rujuk Jadual yang dilampirkan untuk Pertandingan Peringkat Negeri.
Kita semua mengharapkan mereka yang menjadi Johan Kelompok ini akan berusaha untuk menjadi Johan Peringkat Negeri dan seterusnya mengharumkan nama dan imej Daerah Timur Laut.
Terima kasih sekali lagi dari Unit kokurikulum PPD Timur Laut untuk semua.
Sila klik untuk :  KEPUTUSAN KOAKADEMIK SM, KEPUTUSAN KOAKADEMIK SR DAN JADUAL PERINGKAT NEGERI .