Untuk perhatian dan tindakan semua Penolong Kanan Kokurikulum SK/SJKC/SJKT Daerah Timur Laut.
Merujuk kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil.9/1995 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 19 Oktober 1995 adalah diharapkan pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk tujuan tersebut.
Surat makluman telah dikeluarkan kepada sekolah. Pihak tuan diminta melengkapkan Borang Perancangan Aktiviti Kokurikulum Selepas UPSR 2010 dan kembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut - UP: Pegawai Kokurikulum sebelum 30 September 2010.