Selamat Datang ke Blog Unit Kokurikulum PPD Timur Laut

Marquee

Wednesday, March 28, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT TAHUN 2012

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Beruniform untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Daerah yang dijadualkan pada 17 hingga 19 April 2012 bertempat di SMK Air Itam, Pulau Pinang.

2. Sehubungan itu, Pasukan Unit Beruniform sekolah tuan dipelawa untuk menyertai pertandingan tersebut. Permohonan untuk penyertaan adalah terhad kepada 1 (satu) penyertaan sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan bagi setiap sekolah, iaitu 3 Kategori (KRS,GO dan NGO) bagi sekolah menengah dan 1 Kategori (SR) bagi sekolah rendah.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 April 2012. Borang Penyertaan dan Syarat Pertandingan boleh dimuat turun melalui blog ini melalui link di atas. Borang penyertaan yang lengkap diisi dan disahkan mesti sampai ke PPD pada atau sebelum tarikh tersebut diatas.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum) di talian 019-4111123 / 04-2296545.