Selamat Datang ke Blog Unit Kokurikulum PPD Timur Laut

Marquee

Wednesday, March 23, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT TAHUN 2011

Perhatian untuk semua PK Kokurikulum SR dan SM,

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Beruniform untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Daerah yang dijadualkan pada 19 hingga 21 April 2011 bertempat di Kem Tentera Batu Uban, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Pasukan Unit Beruniform sekolah tuan dipelawa untuk menyertai pertandingan tersebut. Permohonan untuk penyertaan adalah terhad kepada 1 (satu) penyertaan sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan bagi setiap sekolah, iaitu 3 Kategori (KRS,GO dan NGO) bagi sekolah menengah dan 1 Kategori (SR) bagi sekolah rendah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 April 2011. Tuan boleh muat turun Borang Penyertaan dan Syarat Pertandingan melalui link ini. Borang penyertaan yang lengkap diisi dan disahkan mesti sampai ke PPD pada atau sebelum tarikh tersebut diatas.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Abdul Rashid Shamsudin–Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pegawai Kokurikulum) di talian 019-4111123 / 04-2296545.

Saturday, March 5, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA KURSUS HAKIM DAN PERTANDINGAN KAWAD

Untuk makluman dan perhatian semua ahli Sekretariat PK Kokurikulum dan Sekretariat KRS Daerah Timur Laut . Tuan/Puan dipinta hadir ke mesyuarat seperti ketetapan di bawah ;

Tarikh   :  10 hb. Mac 2011 ( Khamis ), Masa : 02.30 petang
Tempat :  Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut,
               25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.

Tujuan mesyuarat adalah penting untuk perbincangan dan perlantikan Jawatankuasa Kerja bagi Kursus Hakim Kawad , Pertandingan Kawad Antara Unit Beruniform Peringkat Daerah dan Negeri.
Harap tuan/puan tidak menguzurkan diri.