Selamat Datang ke Blog Unit Kokurikulum PPD Timur Laut

Marquee

Thursday, November 11, 2010

KURSUS PENGURUSAN PEMIMPIN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH

Perhatian untuk PK Kokurikulum SM Daerah Timur Laut,
Dengan segala hormatnya, untuk makluman tuan, kursus Pengurusan Pemimpin Kelab dan Persatuan bagi Daerah Timur Laut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh              : 16 hb.November 2010
          Masa                : 08.00 pagi hingga 05.00 petang.
         Tempat             : Dewan SMK Abdullah Munshi,
                                    Jalan P. Ramlee , 10460 Pulau Pinang.
         Pendaftaran      : 7.30 – 8.00 pagi.

Tuan diminta menghantar 5 orang pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 3 sahaja yang merupakan Pengerusi atau Setiausaha bagi Kelab/Persatuan atau Badan Beruniform sekolah tuan untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Pelajar yang hadir dikehendaki berpakaian lengkap sekolah dan bawa bersama fail kelab atau persatuan yang dipengerusikan oleh pelajar tersebut.
Sila maklumkan pengesahan kehadiran melalui telefon kepada Pegawai Kokurikulum PPD T/Laut pada atau sebelum hari Isnin 15/11/2010.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2010 telah selesai dijalankan pada 09 November 2010 dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih kepada warga kerja PPD Timur Laut yang bertindak sebagai host pada tahun ini. Majlis yang berlangsung dengan penuh gemilang bertempat di Sunshine Banquet Hall telah dihadiri oleh jemputan yang terdiri dari Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri Pulau Pinang, wakil-wakil dari badan gabungan dan agensi kerajaan yang banyak membantu dalam aktiviti kokurikulum, pegawai-pegawai JPN dan PPD juga penerima anugerah yang mencapai kecemerlangan diperingkat kebangsaan dan antara bangsa. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Ibrahim bin Mohamad- Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.
Unit Kokurikulum PPD Timur Laut mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut khususnya kepada pelajar SMK St.Xavier (Persembahan Bagpipe), SK Minden Height (Tarian Kebudayaan/ Boria 1 Malaysia) dan adik Verina Koay Zhi Tong-SJKC Union (violin ). Tahniah dan syabas kepada penerima anugerah kecemerlangan dari Daerah Timur Laut pada tahun ini. Semoga menjadi pendorong dan peransang bagi pelajar-pelajar sekolah lain pada tahun hadapan.

Senarai Penerima Anugerah dari Daerah Timur Laut.

01. SMJK Perempuan Cina - Johan National Science Challenge Prime Minister’s Trophy
02. SMK Perempuan Methodist - Johan Public Speaking  --Marina Tan Hsien Wei
03. SMK. Bukit Gambir - Johan Pertandingan Memasak - Julia Syazana binti Azran Chan dan
                                                                                         Siti Sara binti Mokhtar
04. SMT. Tunku Abdul Rahman Putra - Pingat Emas ASIAN Young Inventors Of Energy Exhibition 2010 (AYEE) - Mohammed Jeffri bin Jamaluddin/Mohammad Ariff Syafiq bin Idrus/Muhammad Ridwan bin Zulamran
05. SMJK Heng Ee -  Pingat Emas ASIAN Young Inventors Of Energy Exhibition 2010 (AYEE) - Wong Yoon Wern / Dominic The Shah Xong / Chew Ming Han
06. SJKC Perempuan Cina - Johan Pertandingan Seni Lukis – Prince Takamado Award - Leong Soke Yee
07. SMJK. Chung Ling - Pingat Perak International Chemistry Olympiad (IChO) - Yeoh Kear Hor
                                     - Pingat Gangsa International Physics Olympiad (IPhO) - Chew Kok Wei
                                     - Pingat Emas National Robotic Compettion Open Category Unpper Secondary -                                       Lee Ewe Ming / Lee Bin Hong / Lam Kuio Min
                                     - Pingat Perak National Robotic Compettion
                                       John Koh Mei Jin /Oh Yi Jia / Tan Siu Fong
 08. SMKA AL-Mashoor (L) - Ketiga Pengurus Terbaik - Konvensyen Program Ushawan Muda
                                      Muhammad Basyir bin Baharuddin
09. SMK. Padang Polo -  Ketiga Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan 2010 -                                        Pertandingan Kawad Kaki
10. SMJK Perempuan Cina - Calon Negeri ke Peringkat Kebangsaan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Pasukan Kawad Kaki St. John Ambulans